Tuesday, 3 April 2012

Info Sihat - Kencing Manis

Peringkat Perkembangan Kencing Manis

1. Darah yang Pekat dan Gelap


Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.


2. Kerap Rasa Panas dan Dahaga


Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.


3. Kerap Rasa Letih dan Mengantuk


Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.


4. Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk


Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.


5. Tompok atau Bintik mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas


Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.


6. Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.


Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.


7. Gangrene Bernanah mula Muncul di Hujung Jari Kaki


Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat.


8. Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah


Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha.


9. Penglihatan Menjadi Semakin Kabur


Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau buta.


10. Masalah Buah Pinggang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder


Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.


11. Peringkat Terakhir?


Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir.

0 comments:

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah