Monday 2 April 2012

Ganasnya Penyakit Jantung

Ganas sangat ke penyakit jantung ni?
Nak tahu betul atau tidak, mari kita baca fakta menarik tentang penyakit jantung.
  • 1/3 Penderita Meninggal Kerana Sakit Jantung 
  • Setiap Minit Dicatat Kematian Kerana Sakit Jantung - Menurut satatistik, serangan sakit jantung di seluruh dunia berlaku setiap 20 saat dan kematian akibatnya berlaku setiap 1 minit 
  •  Gologan Wanita Lebih Berisiko - Lebih banyak golongan wanita yang meninggal akibat penyakit jantung berbanding lelaki. Jumlah wanita yang berusia 50 tahun yang meninggal akibat penyakit jantung adalah 2 kali ganda berbanding lelaki.
  • 50% Meninggal Sebelum Sampai ke Hospital - Hanya 9% mereka yang selamat dan sempat sampai ke hospital.
  • Golongan Wanita Lambat Mengesan Serangan Jantung - Ini mungkin penyebab mengapa golongan wanita lebih ramai meninggal akibat penyakit jantung.
  • Lebih Bahaya dari Kemalangan - Jumlah yang meninggal akibat penyakit jantung lebih tinggi berbanding akibat kemalangan jalan raya. Risiko untuk meninggal bagi pesakit jantung 10 kali ganda berbanding mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
  • Penyakit yang Mahal - Pusat penyelidikan di Amerika Syarikat menyebut bahawa kos pengubatan bagi pesakit jantung dalam tempoh 3 tahun sekitar US$ 600 bilion.
  • Lebih Ganas dari AIDS - AIDS memang penyakit yang berbahaya. Namun, fakta menunjukkan penduduk bumi yang berpotensi untuk meninggal akibat penyakit jantung adalah 30 kali lebih besar daripada AIDS.
  • Sering Menyerang pada Waktu Pagi - Paling kerap berlaku pada pagi isnin dan sabtu. Hal ini berlaku kerana salur darah menyempit pada waktu pagi.
  • Keturunan - Ini merupakan faktor yang cukup besar.
  • Pembunuh No.1 - Di kebanyakan negara, penyakit jantung adalah pembunuh no.1 dan sekiranya digabungkan pembunuh no.2 dan no.3, magsa penyakit jantung jauh lebih tinggi.

1 comments:

Nadhyat said...

Assalamualaikum. Saya sedang buat satu projek mengenai masalah kolestrol yang lead penyakit jantung.

Jadi, boleh saya tahu report statistik ni di ambil dari mana? Nanti saya nak buat citation.

Terima kasih =D

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah