Sunday 29 April 2012

Rakyat Malaysia Terancam!


Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh daripada mereka.

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorikan sebagai ibu kepada segala penyakit. Ianya merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat daripada kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin:
Sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga utama.

Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatika gambarajah di bawah ini:


Faktor penyebab kencing manis - Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan

Organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga . Maka, glukosa terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-jenis Diabetes

Jenis 1 : Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

Jenis 2 : Diabetes yang tanpa bergantung kepada insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaannya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. 

Perbezaan Jenis 1 dan Jenis 2:


Jenis 1 Jenis 2
Jarang berlaku, tetapi jika berlaku, keadaannya lebih teruk Biasa berlaku
Terjadi di kalangan mereka yang berumur 10 - 16 Tahun Terjadi di kalangan mereka yang berumur sekitar 35 Tahun keatas
Terjadi begitu cepat apabila insulin yang dikeluarkan dari pankreas dimusnahkan Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukos dalam badan meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menhidap penyakit ini Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini
Tidak dikaitkan dengan obesiti dan kegemukan Kejadian kegemukan sangat tinggi
Akan mengalami tanda-tanda awal dari gejala amaran yang serius Penyakit yang senyap, selalunya dikesan selepas berlaku komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan makanan dan suntikan insulin Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan), ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

0 comments:

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah