Thursday 3 May 2012

Bahaya Tak Cukup Tidur


Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.
Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.
“Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok,” kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.
“Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini,” beliau menambah.
Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang “tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti.”
Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.
Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.
“Tetapi dengan berbuat demikian” kata Dr. Cappuccio, “kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung.”
Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.

Statistik Penyakit di Malaysia


Jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia agak berjaya dalam menangani masalah "penyakit gaya hidup". Tetapi dalam diam, peratus penyakit-penyakit kronik pula semakin meningkat di Malaysia.

  1. 70% kematian berpunca daripada penyakit kronik dan KEROSAKAN ORGAN.
  2. 50% kematian awal berpunca daripada MAKANAN.
  3. Tahun akan datang, 270 million orang Asia akan mati akibat "penyakit gaya hidup" yang kronik.
  4. 10,000 kematian setahun berkait dengan STROK, SERANGAN JANTUNG & KEGAGALAN BUAH PINGGANG.
  5. 6,000 kematian setahun disebabkan PENYAKIT HATI.
  6. 3 million berkai dengan KOLESTEROL TINGGI.
  7. 40,000 kes KANSER yang baru setiap tahun.
  8. 2.1 million disebabkan DIABETES.
  9. 110 kes STROK yang baru setiap hari.
  10. 25% rakyat Malaysia adalah OBESITI (berat badan berlebihan).
Sumber: World Health Oragnisation

Adakah kita turut menyumbang kepada statistik di atas? 
Jika TIDAK, apakah langkah untuk memastikan kita terus berada di luar daripada peratus tersebut?
Jika YA, apakah pula langkah bagi mendapatkan kembali KESIHATAN kita?
Fikir-fikirkanlah, segalanya di tangan kita.





Wednesday 2 May 2012

Kaji Selidik Kesihatan



Al Jabbar Group sedang menjalankan soal selidik mengenai masalah kesihatan yang melanda rakyat Malaysia. Jika anda mengalami salah satu dari masalah penyakit di bawah, anda boleh memberikan maklumat kepada kami, dan kami akan memberikan khidmat nasihat serta rundingan kesihatan secara PERCUMA kepada anda.

Masalah Jantung, Masalah Buah Pinggang, Penyakit Kencing Manis, Darah Tinggi, Stroke, Insomenia, Migrain,      
Obesiti, Gout, Asma, Batu Karang, Parkinson, Penyakit Hati, Athritis, SLE, Angin Ahmar


BORANG SOAL SELIDIK KESIHATAN
NAMA *
Prefix
First *
Last *
Suffix
NRIC *
ALAMAT
Street Address
Address Line 2
City
State / Province / Region
Postal / Zip Code
Country
NO. TELEFON *

###
-
###
-
####
EMAIL *
PENYAKIT YANG DI HIDAPI *
 Masalah Jantung 
 Masalah Buah Pinggang 
 Penyakit Kencing Manis 
 Darah Tinggi 
 Stroke 
 Migrain 
 Insomenia 
 Gout 
 Obesiti 
 Asma 
 Batu Karang 
 Parkinson 
 Penyakit Hati 
 Athritis 
 SLE 
 Angin Ahmar 
LAIN-LAIN PENYAKIT
Powered byEMF HTML Form Builder
Report Abuse

Monday 30 April 2012

Turunkan Berat Badan


Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Turunkan Berat Badan Penting untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa yang Boleh Saya Lakukan bagi Mengurangkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Baca di sini


Sunday 29 April 2012

Sakit Sendi Lega | Dr Jism


Selepas beberapa terapi, pesakit tidur nyenyak | Boleh berjalan seperti biasa.

ISMAIL (bukan nama sebenar) memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat korporat di ibu kota.
Masalah peningkatan gula dalam darah menyebabkan dia terpaksa mengambil ubat setiap bulan. 

Ismail bernasib baik kerana syarikat tempat dia bekerja menanggung kos perubatan dan ubat. Jika tidak pasti terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengambil ubat di klinik.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ubat semata-mata belum mencukupi untuk menyembuhkan penyakit jika salah satu faktor utama tidak ditangani. Kebanyakan penyakit berpunca daripada masalah saluran darah tersumbat dan lemak. Ini yang perlu ditangani sebelum mengambil ubat atau melakukan rawatan.

Justeru, Al Jabbar Group memasarkan terapi elektrostatik bagi memecahkan lemak dan memastikan saluran darah berjalan lancar. Ketua Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, terapi itu dilengkapi sistem lebih moden dan terkini.

Beliau berkata, Dr Jism istimewa kerana kaedah terapinya mudah dan hasilnya memuaskan. "Al Jabbar yakin memasarkan produk ini di negara ini kerana Dr Jism mendapat pengiktirafan antarabangsa, malah ujikaji selain testimoni keatas pesakit mendapati produk kesihatan itu membantu melegakan pelbagai penyakit termasuk memecahkan lemak dalam saluran darah."

"Ia memiliki kelebihan terapi termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah, dan pengionan negatif," katanya. Ramai pengguna yang mencuba terapi Dr Jism mengakui getaran elektrostatiknya lebih baik untuk melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

"Selepas beberapa kali terapi, Alhamdulillah, pesakit terbabit mendapati ada perubahan kerana dia dapat tidur nyenyak pada waktu malam dan boleh berjalan," katanya. Beliau berkata, kehadiran Dr Jism adalah fenomena baru dunia terapi elektrostatik di negara ini.

"Bagaimanapun, saya meminta pesakit terus memakan ubat yang diberikan doktor, tetapi pada waktu yang sama mencuba terapi Dr Jism " 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3747243 atau kunjungi N0.13, Jln Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Dibuka 7hari seminggu dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.


Rakyat Malaysia Terancam!


Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh daripada mereka.

Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorikan sebagai ibu kepada segala penyakit. Ianya merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat daripada kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin:
Sejenis hormon yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga utama.

Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatika gambarajah di bawah ini:


Faktor penyebab kencing manis - Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan

Organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga . Maka, glukosa terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-jenis Diabetes

Jenis 1 : Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

Jenis 2 : Diabetes yang tanpa bergantung kepada insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaannya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. 

Perbezaan Jenis 1 dan Jenis 2:


Jenis 1 Jenis 2
Jarang berlaku, tetapi jika berlaku, keadaannya lebih teruk Biasa berlaku
Terjadi di kalangan mereka yang berumur 10 - 16 Tahun Terjadi di kalangan mereka yang berumur sekitar 35 Tahun keatas
Terjadi begitu cepat apabila insulin yang dikeluarkan dari pankreas dimusnahkan Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukos dalam badan meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menhidap penyakit ini Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini
Tidak dikaitkan dengan obesiti dan kegemukan Kejadian kegemukan sangat tinggi
Akan mengalami tanda-tanda awal dari gejala amaran yang serius Penyakit yang senyap, selalunya dikesan selepas berlaku komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan makanan dan suntikan insulin Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan), ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Thursday 26 April 2012

Dr Jism | Family Dr Bagai Berjoging

Dr Jism | Family Dr hasilkan 60 getaran sesaat, laku terapi 30 minit, ia bersamaan berlari satu setengah jam.

ANDA berminat untuk melakukan joging atau aktiviti mengeluarkan peluh, tetapi tiada peluang untuk berbuat demikian kerana masalah masa.
Ramai yang gemar beriadah, tetapi masalah dihadapi warga kota ialah kesibukan yang menghalang mereka melakukannya.
Justeru, jika anda mahu manfaat seperti anda melakukan joging, apa kata mencuba terapi medan elektrostatik Dr Jism dan Family Dr.
Dr Jism dan Family Dr adalah terapi yang berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia amat baik untuk kesihatan malah sudah terbukti di beberapa negara majutermasuk Eropah dan Jepun.
Rawatan terapi medan elektrostatik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan dengan satu setengah jam jika anda berlari atau berjoging.
Dengan jumlah itu, ia mudah memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah.
Keperluan memiliki Dr Jism atau Family Dr bukan suatu pembaziran sebaliknya memberi peluang kepada anda melakukan terapi jika terlalu sibuk dengan tugas harian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 013-3747243
http://familydrjism.blogspot.com/
BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah