Sunday 29 April 2012

Sakit Sendi Lega | Dr Jism


Selepas beberapa terapi, pesakit tidur nyenyak | Boleh berjalan seperti biasa.

ISMAIL (bukan nama sebenar) memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat korporat di ibu kota.
Masalah peningkatan gula dalam darah menyebabkan dia terpaksa mengambil ubat setiap bulan. 

Ismail bernasib baik kerana syarikat tempat dia bekerja menanggung kos perubatan dan ubat. Jika tidak pasti terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengambil ubat di klinik.

Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, ubat semata-mata belum mencukupi untuk menyembuhkan penyakit jika salah satu faktor utama tidak ditangani. Kebanyakan penyakit berpunca daripada masalah saluran darah tersumbat dan lemak. Ini yang perlu ditangani sebelum mengambil ubat atau melakukan rawatan.

Justeru, Al Jabbar Group memasarkan terapi elektrostatik bagi memecahkan lemak dan memastikan saluran darah berjalan lancar. Ketua Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, terapi itu dilengkapi sistem lebih moden dan terkini.

Beliau berkata, Dr Jism istimewa kerana kaedah terapinya mudah dan hasilnya memuaskan. "Al Jabbar yakin memasarkan produk ini di negara ini kerana Dr Jism mendapat pengiktirafan antarabangsa, malah ujikaji selain testimoni keatas pesakit mendapati produk kesihatan itu membantu melegakan pelbagai penyakit termasuk memecahkan lemak dalam saluran darah."

"Ia memiliki kelebihan terapi termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah, dan pengionan negatif," katanya. Ramai pengguna yang mencuba terapi Dr Jism mengakui getaran elektrostatiknya lebih baik untuk melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah.

"Selepas beberapa kali terapi, Alhamdulillah, pesakit terbabit mendapati ada perubahan kerana dia dapat tidur nyenyak pada waktu malam dan boleh berjalan," katanya. Beliau berkata, kehadiran Dr Jism adalah fenomena baru dunia terapi elektrostatik di negara ini.

"Bagaimanapun, saya meminta pesakit terus memakan ubat yang diberikan doktor, tetapi pada waktu yang sama mencuba terapi Dr Jism " 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 013-3747243 atau kunjungi N0.13, Jln Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Dibuka 7hari seminggu dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.


0 comments:

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah