Monday 9 April 2012

Info Sihat - Penyakit Darah Tinggi

Penyakit Darah Tinggi dan Puncanya

Terdapat pelbagai punca tekanan darah tinggi. Penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya juga merupakan antara punca penyakit darah tinggi.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui pada kebiasaannya. Setakat ini, dalam kebanyakan kes, ia hanya mampu dicegah dan dikawal.

Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

2 comments:

OM Kris said...

salam sukses gan, wahh postingnya bagus'bagus gan :) saya mau baca2 dulu posting punya kamu,
sebelumnya trimakasih telah berkunjung ke blog saya jangan lupa saling berkunjung :) salam dari indonesia :)

Unknown said...

ok... tq... salam dari Malaysia...

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah