Tuesday, 3 April 2012

Info Sihat - Strok

Tanda - tanda Strok

Perunding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, berkata kebanyakan orang tidak sedar mereka mengalami gejala strok. Antara tanda penting serangan strok ialah seperti berikut:


  • Tiba-tiba rasa kebas atau lemah pada badan, terutama pada sebelah badan.
  • Penglihatan (sebelah atau dua-dua belah mata) tiba-tiba berubah.
  • Sakit kepala teruk yang tidak diketahui secara tiba-tiba.
  • Tiba-tiba berasa pening, sukar berjalan dan hilang keseimbangan.
  • Tiba-tiba anda sukar bercakap, keliru dan tidak memahami percakapan orang lain.

Jika anda dapati ada ahli keluarga atau teman mengadu mengalami gejala di atas, anda boleh lakukan ujian mudah yang dipanggil FAST iaitu:

  • F (Face) — Muka. Minta seseorang itu untuk senyum. Adakah senyumannya senget sebelah?
  • A (Arm) — Lengan. Suruh individu itu mengangkat kedua-dua tangannya. Adakah sebelah tangan jatuh?
  • S (Speech) — Percakapan. Adakah individu itu boleh mengulang ayat mudah? Adakah percakapannya tidak jelas dan sukar difahami?
  • T (Time) — Masa. Masa adalah perkara yang sangat kritikal bagi pesakit strok. Ini kerana tempoh untuk memulihkan serangan strok sangat terhad iaitu kurang dari empat jam selepas serangan.


Siapa yang Berpotensi?

1. Umur

Peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.


2. Jantina

Golongan lelaki lebih berisiko dari wanita.


3. Sejarah Keluarga

Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)


4. Tekanan Darah Tinggi

Rujuk penyakit HYPERTENSION.


5. Kencing Manis

Rujuk penyakit DIABETES MELLITUS.


6. Paras Kolesterol Tinggi

Rujuk penyakit HYPERCHOLESTRONEMIA.


7. Merokok

Mereka yang merokok lebih berpotensi.


8. Berat Badan Berlebihan

Gemuk atau obesity.


9. Cara Hidup Tidak Aktif

Sedentari - lembab.


10. Tekanan/Stress

Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.


11. Pemakanan

Kurang serat dan tinggi lemak.


12. Minuman Keras

Gaya hidup yang tidak sihat dengan mengamalkan meminum minuman keras.


Jenis Strok

Terdapat 2 jenis strok iaitu:

  • Jenis Berdarah(hemorrhage)
  • Darah Beku (ischemia)

Kedua-dua menyebabkan darah tidak sampai ke otak, otak akan lemas dan akhirnya mati. El otak unik sebab tidak boleh tumbuh kembali. Kalau mati maka mati selama-lamanya. Tetapi strok jenis berdarah lebih bahaya. Selalunya pesakit tidak sedarkan diri dan peluang kematian adalah tinggi.

0 comments:

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah