Saturday 21 April 2012

Lega Sakit Lutut | Hilang Lenguh Badan

SALUR darah tersumbat boleh menyebabkan ‘kerosakan’ dan degeneratif sel. Ia amat berbahaya jika tidak diberi rawatan segera. Jika dibiarkan, ia mengganggu pengaliran darah dan vitamin lain dalam badan sehingga menimbulkan pelbagai risiko penyakit.

Bagi menangani gejala itu, ada pelbagai kaedah rawatan moden termasuk pemakanan yang seimbang, bersenam dan cara hidup sihat. Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata pengguna boleh menggunakan kaedah terapi medan elektrostatik untuk masalah darah tersumbat.

Beliau berkata, kaedah ini menggunakan getaran elektrostatik bagi melancarkan serta membuang lemak dalam kapilari darah. “Kami membawa masuk produk terapi medan elektrostatik ini untuk mereka yang memerlukan rawatan membuang lemak dalam badan dan saluran darah tersumbat. “Dr Jism diedarkan anak syarikat Al Jabbar Group, Al Jabbar Healthcare (Al Jabbar).

“Terapi ini bukan hanya berfungsi untuk rawatan kesihatan, malah membantu proses pengaliran darah dengan sempurna dan mengatasi masalah salur darah tersumbat,” katanya. Dr Jism mempunyai kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada terapi lain, iaitu lima fungsi seperti voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Seorang pengguna Dr Jism, Zuber Yunus, 66, berkata selepas beberapa kali menggunakan terapi medan elektrostatik, dia lebih sihat berbanding sebelum ini yang pucat dan tidak bermaya.

“Saya sering berpeluh dan badan cepat letih apabila melakukan kerja berat sejak lima tahun lalu. Ini mengganggu tugas harian saya. “Selepas enam kali melakukan terapi Dr Jism, daya ketahanan tubuh semakin baik. “Saya tidak berpeluh lagi malah dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam,” katanya.

Bagi pengguna lain, Kamil Zakaria, 56, Dr Jism membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan selain masalah sakit lutut. “Sebelum ini, bacaan gula dalam darah ialah 6.5 dan saya mudah letih dan tidak bermaya. “Namun, selepas tujuh kali terapi menggunakan Dr Jism ini, saya bersyukur bacaan gula dalam badan saya menurun kepada 5.1,” katanya.

http://familydrjism.blogspot.com/

Dr Jism Rawat Pelbagai Penyakit

HALIM ketika membuat rawatan di Al-Jabbar.


ARUS elektrik jika silap penggunaannya akan memberikan keburukan, bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya.

Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan. Manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengenalan mesin terapi medan elektrostatik Dr Jism oleh Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar). Perunding Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar, Mohd Faizal Mohd, berkata kaedah diguna pakai teknologi itu mudah dan selamat.

Katanya, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu. "Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang mengguna pakai sepenuhnya arus elektrik untuk membantu mengawal penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.

"Dr Jism mengetengahkan fungsi untuk voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif. "Apabila digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan," katanya.

Mohd Faizal berkata, penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, gout, batu karang, lemah sendi, darah tinggi, kolesterol tinggi, migrain dan strok. "Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit. Beliau berkata, arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya `menangkap' toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil. Sesiapa yang tiada penyakit juga boleh menggunakannya," katanya.

Satu fungsi menarik pada Dr Jism adalah kemampuannya memecahkan lemak, menerusi fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan. Bagi Halim Hamid, 64 tahun yang sudah lapan kali menggunakan terapi, beliau merasakan terdapat perubahan dalam dirinya. “Sebelum mengguna alat terapi Dr Jism, saya terlebih dulu membaca banyak artikel mengenai dan tertarik untuk mencuba. “Selepas tiga hari penggunaan, saya dapati tidur saya bertambah lena kerana tidak lagi mengalami masalah dengkur. “Begitu juga dengan keadaan saraf kaki saya semakin baik dan kekejangan urat yang saya semakin berkurangan. “Jika sebelum ini saya sering kepenatan tetapi keadaan berubah dan saya merasakan badan saya semakin ringan dan bertenaga,” katanya.

http://familydrjism.blogspot.com/

Friday 20 April 2012

Terapi Seperti Senaman

Rawatan terapi medan elektrostatik | Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika kita berlari atau berjoging.

Jangan ambil mudah jika anda sering letih atau mengantuk walaupun mempunyai masa tidur yang mencukupi. Ini mungkin tanda awal tubuh anda kekurangan oksigen, selain pengaliran darah tidak lancar.
Ini juga berpunca daripada kekurangan aktiviti riadah atau mengeluarkan peluh. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Justeru, jika anda mencari-cari kaedah moden merawat pelbagai jenis penyakit, anda boleh mencuba terapi medan elektrostatik, Dr Jism.

Dr Jism berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia baik untuk kesihatan, malah terbukti di beberapa negara maju, termasuk Eropah dan Jepun.
Rawatan terapi medan elektrostatik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika kita berlari atau berjoging.
Tidak salah mencuba untuk mendapat kepuasan kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati. Malah, sebagai manusia, kita perlu berusaha mencari penawar atau rawatan bagi memulihkan penyakit.

Penggunaan arus dalam perubatan memang diketahui sejak zaman purba Greek lagi apabila belut laut digunakan untuk rawatan sakit kaki dan kepala.
Aliran elektrostatik dihasilkan haiwan itu dikatakan mampu membetulkan saluran darah. sekali gus memberi keselesaan kepada pesakit.
Di luar negara, terutama Jepun, kaedah rawat menggunakan elektrostatik sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital.

Kini, manfaat daripada teknologi itu dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat apabila Al-Jabbar Healthcare Sdn. Bhd (Al-Jabbar Healthcare) membawa masuk terapi dari Jepun itu ke pasran tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, Dr Jism membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Beliau berkata, harga ditawarkan lebih murah berbanding yang dijual di tempat lain.
"Terapi ini mempunyai kelebihan termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif."

"Apabila terapi ini digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan."
"Kesimpulannya, ia umpama membuang kotoran dalam badan," katanya.
Menurutnya, keistimewaan Dr Jism ialah terapi itu boleh digunakan lima orang serentak dan ia dilengkapi alas tilam, alat kawalan jauh, pelapik duduk, alat penguji sumber elektrik, alat pengeluaran ion negatif dan alat akupuntur.

http://familydrjism.blogspot.com/

Thursday 19 April 2012

Dr Jism, Family Dr guna kaedah terapi elektrostatik rawat pelbagai penyakit tanpa suntikan atau ubat.

Mudah buang air | badan tak sakit lagi.

"Saya mempunyai masalah membuang air kecil, sukar tidur malam dan keaskitan di beberapa anggota badan."
"Alhamdulillah, selepas 10 bulan mencuba terapi elektrik Dr Jism, masalah yang menghantui saya hilang."
"Saya mudah membuang air kecil, badan tidak sakit dan tidur lena di waktu malam," kata pengusaha bengkel kereta, Mohd Yusof Musa, 59, salah seorang pengguna Dr Jism.
"Selepas menggunakan Family Dr selama sembilan bulan, sakit lutut dan tumit semakin berkurang, malah badan berasa ringan."
"Jika dulu pergerakan saya terbatas, kini saya mudah bergerak dan melakukan kerja rumah seperti menyapu dan mengemas rumah," kata suri rumah, Zaini Mohd Yunus, 47, yang menggunakan Family Dr.

Mereka adalah antara testimoni yang pernah menggunakan mesin terapi elektrik Dr Jism dan Family Dr untuk merawat masalah yang dihadapi.
Sejak dipasarkan empat tahun lalu, produk Al-Jabbar Group, Dr Jism dan Family Dr menerima maklum balas positif daripada pengguna, malah sambutan di luar negara terutama Indonesia amat memberangsangkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, Dr Jism dan Family Dr selain Tonik Hati antara produk yang laris di pasaran.
Beliau berkata, Family Dr dan Dr Jism membantu merawat pelbagai penyakit kronik berkaitan dengan gula dalam darah, buah pinggang dan sendi selain membuang lemak dalam darah.

"Dr Jism adalah terapi moden yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan generasi hari ini yang mahukan rawatan terapi murah, mudah alih dan berkualiti," katanya.
Katanya, suasana persekitaran dan gaya hidup masyarakat hari ini terutama di bandar yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan mereka lupa untuk bersenam dan menjaga kesihatan.
"Ramai mengadu sakit di beberapa anggota badan kerana penat bekerja, tetapi malangnya mereka tidak melakukan senaman atau mengamalkan pemakanan sihat."

"Justeru, tiada guna bersengkang mata mencari wang, tetapi akhirnya kesihatan badan terjejas," katanya.
Oleh itu, Al-Jabbar membantu menyediakan kaedah rawatan ringkas, mudah dan berkesan bagi mengurangkan masalah kesihatan.
"Family Dr pula membantu merawat pelbagai penyakit kronik dan testimoni terhadap ramai pesakit membuktikan kualiti dan hasilnya. Ia kecil, ringan dan mampu dimiliki semua."
"Melalui mesin terapi ini, kami berharap dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.

http://familydrjism.blogspot.com

Wednesday 18 April 2012

Parkinson

Parkinson: Apakah Gejala dan Puncanya

Antara hakikat yang sukar dan perit diterima ialah apabila disahkan menghidap penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit orang tua pada usia muda seperti Parkinson. Walaupun biasanya Parkinson dihidapi golongan tua berumur 60 tahun ke atas tetapi ia juga dilaporkan berlaku pada orang muda berusia 20-an. Penyakit Parkinson sangat mudah dikenali kerana ia menyebabkan anggota badan pesakit seperti tangan atau kaki mengalami gejala menggeletar. Hampir 70% pesakit mengalami sedikit getaran pada tangan atau kaki yang boleh berlaku pada sebelah badan saja dan biasanya lebih ketara ketika otot berehat.Gejala getaran ini boleh beralih ke anggota lain apabila penyakit menjadi semakin teruk. Secara umumnya lebih 95% kes Parkinson berlaku pada warga emas berumur 60 tahun ke atas manakala 5% lagi menyerang pesakit muda. Jika ia berlaku pada orang muda, pesakit lebih menderita kerana Parkinson akan menjadi lebih buruk dan teruk dengan peningkatan usia.

Gejala Parkinson

Parkinson menyebabkan sel saraf otak yang mengawal pergerakan otot kehilangan fungsinya (dan mengakibatkan anggota yang dikawal saraf berkenaan sentiasa bergerak). Ia adalah satu proses berterusan dan inilah sebabnya gejala penyakit akan bertambah buruk apabila umur meningkat.Antara gejala biasa Parkinson ialah:* Otot menjadi kaku kerana keanjalan otot berkurang, menjadi tegang dan sukar digerakkan.* Bradikinesia - keadaan apabila pergerakan pesakit menjadi perlahan, pergerakan mungkin tidak lengkap, sukar memulakan pergerakan dan berhenti bergerak secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal.* Hilang keseimbangan, koordinasi dan bentuk tubuh - ia menyebabkan pesakit mudah jatuh, sukar mengubah kedudukan atau melakukan pergerakan mengejut.

Punca Parkinson

Parkinson dipercayai disebabkan ketidakseimbangan bahan kimia otak dipanggil dopamin yang bertugas menghantar isyarat untuk menentukan pergerakan kita. Bagaimana ketidakseimbangan ini berlaku, tiada siapa tahu dan hampir 95% kes tidak diketahui puncanya. Ini sebabnya Parkinson masih dianggap penyakit misteri.Sehingga kini dianggarkan ada 10,000 pesakit Parkinson di negara kita tetapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai pesakit tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, terutama yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Tuesday 17 April 2012

Pemeriksaan Payudara

APAKAH ITU KANSER PAYUDARA

Kanser Payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak kek kelenjar linfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

TANDA-TANDA MENDAPAT KANSER PAYUDARA

  • Terdapat benjolan atau ketulan pada payudara.
  • Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
  • Puting payudara mengecut kedalam.
  • Kulit payudara berubah seperti kemerahan dan berkedut.
  • Sakit atau bisa payudara.
  • Bengkak kelenjar di bahagian ketiak.
  • Perebakan atau kulit terkoyak pada dinding dada.

FAKTOR PENYEBAB KANSER PAYUDARA

  • Usia yang meningkat.
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Wanita yang telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun).
  • Jarang berlaku pada umur 20 tahun dan risikonya lebih tinggi apabila berumur 50 tahun ke atas.
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun atau tidak menyusukan anak.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan dan mempunyai berat badan yang berlebihan.

MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Kanser payudara boleh dicegah jika di kesan dan di rawat lebih awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah dikesan. Pengesanan awal boleh dilakukan dengan melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP). Wanita yang berusia lebih 20 tahun perlu melakukan PSP pada setiap bulan. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun pula, mereka perlu mendapat pemeriksaan dari doktor atau jururawat setiap tahun. Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat awal di amana rawatan adalah lebih berkesan.

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) SECARA BERDIRI

KEDUDUKAN 1:

Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin. Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara anda.

KEDUDUKAN 2:

Angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

KEDUDUKAN 3:

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.









TANDA-TANDA YANG PERLU DI PERHATIKAN

  • Benjolan di payudara atau ketiak.
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
  • Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
  • Puting payudara tertarik ke dalam.
  • Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara.

Monday 16 April 2012

Tibi - "Batuk Kering"

Mengesan Penyakit Tibi / Cara Jangkitan / Tanda dan Gejala / Pencegahan / Fakta-fakta Berkaitannya

by www.moh.gov.my

Adalah penyakit yang disebabkan eleh sejenis kuman, dinamakan kuman tibi. Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru. Kuman ini juga menyerang lain-lain bahagian badan seperti tulang, sendi tulang, buah pinggang dan lain-lain. Penyakit tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.

Mengesan Penyakit Tibi

  • Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
  • Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
  • Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
  • Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.

Cara Jangkitan

" Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi Penyakit tibi adalah "jenis" penyakit sebaran udara". Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.

Tanda dan Gejala Penyakit Tibi

  • Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
  • Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
  • Hilang selera makan.
  • Mengalami penurunan berat badan.
  • Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.

Pencegahan Penyakit Tibi

  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
  • Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
  • Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.

Fakta-fakta Berkaitan

  • WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menetapkan 24hb. Mac setiap tahun sebagai " Hari Tibi Sedunia". Tarikh ini adalah bersamaan dengan penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Kosh di Berlin, pada 24hb. Mac 1882.
  • Ia sisambut untuk memupuk kerjasama yang lebih rapat daripada masyarakat umum, khususnya bagi bersama-sama berganding bahu membenteras penyakit tibi.
Best regards,

Want your own signature?
Visit MyLiveSignature.com
BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah