Tuesday, 17 April 2012

Pemeriksaan Payudara

APAKAH ITU KANSER PAYUDARA

Kanser Payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak kek kelenjar linfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

TANDA-TANDA MENDAPAT KANSER PAYUDARA

  • Terdapat benjolan atau ketulan pada payudara.
  • Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
  • Puting payudara mengecut kedalam.
  • Kulit payudara berubah seperti kemerahan dan berkedut.
  • Sakit atau bisa payudara.
  • Bengkak kelenjar di bahagian ketiak.
  • Perebakan atau kulit terkoyak pada dinding dada.

FAKTOR PENYEBAB KANSER PAYUDARA

  • Usia yang meningkat.
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Wanita yang telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun).
  • Jarang berlaku pada umur 20 tahun dan risikonya lebih tinggi apabila berumur 50 tahun ke atas.
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun atau tidak menyusukan anak.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan dan mempunyai berat badan yang berlebihan.

MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Kanser payudara boleh dicegah jika di kesan dan di rawat lebih awal. Kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah dikesan. Pengesanan awal boleh dilakukan dengan melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP). Wanita yang berusia lebih 20 tahun perlu melakukan PSP pada setiap bulan. Bagi wanita yang melebihi 30 tahun pula, mereka perlu mendapat pemeriksaan dari doktor atau jururawat setiap tahun. Pemeriksaan secara tetap membolehkan seseorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat awal di amana rawatan adalah lebih berkesan.

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) SECARA BERDIRI

KEDUDUKAN 1:

Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin. Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara anda.

KEDUDUKAN 2:

Angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.

KEDUDUKAN 3:

Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.









TANDA-TANDA YANG PERLU DI PERHATIKAN

  • Benjolan di payudara atau ketiak.
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
  • Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
  • Puting payudara tertarik ke dalam.
  • Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara.

2 comments:

wawa zulkefli said...

takutnyaa dengan penyakit nih :/

Unknown said...

aa.... sbb 2 la kna buat PSP...

BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah