SALUR darah tersumbat boleh menyebabkan ‘kerosakan’ dan degeneratif sel. Ia amat berbahaya jika tidak diberi rawatan segera.
Jika dibiarkan, ia mengganggu pengaliran darah dan vitamin lain dalam badan sehingga menimbulkan pelbagai risiko penyakit.
Bagi menangani gejala itu, ada pelbagai kaedah rawatan moden termasuk pemakanan yang seimbang, bersenam dan cara hidup sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata pengguna boleh menggunakan kaedah terapi medan elektrostatik untuk masalah darah tersumbat.
Beliau berkata, kaedah ini menggunakan getaran elektrostatik bagi melancarkan serta membuang lemak dalam kapilari darah.
“Kami membawa masuk produk terapi medan elektrostatik ini untuk mereka yang memerlukan rawatan membuang lemak dalam badan dan saluran darah tersumbat.
“Dr Jism diedarkan anak syarikat Al Jabbar Group, Al Jabbar Healthcare (Al Jabbar).
“Terapi ini bukan hanya berfungsi untuk rawatan kesihatan, malah membantu proses pengaliran darah dengan sempurna dan mengatasi masalah salur darah tersumbat,” katanya.
Dr Jism mempunyai kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada terapi lain, iaitu lima fungsi seperti voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.
Seorang pengguna Dr Jism, Zuber Yunus, 66, berkata selepas beberapa kali menggunakan terapi medan elektrostatik, dia lebih sihat berbanding sebelum ini yang pucat dan tidak bermaya.
“Saya sering berpeluh dan badan cepat letih apabila melakukan kerja berat sejak lima tahun lalu. Ini mengganggu tugas harian saya.
“Selepas enam kali melakukan terapi Dr Jism, daya ketahanan tubuh semakin baik.
“Saya tidak berpeluh lagi malah dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam,” katanya.
Bagi pengguna lain, Kamil Zakaria, 56, Dr Jism membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan selain masalah sakit lutut.
“Sebelum ini, bacaan gula dalam darah ialah 6.5 dan saya mudah letih dan tidak bermaya.
“Namun, selepas tujuh kali terapi menggunakan Dr Jism ini, saya bersyukur bacaan gula dalam badan saya menurun kepada 5.1,” katanya.
http://familydrjism.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment