Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.
Masalah organ reproduksi
- Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
- Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
- Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
- IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
- Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
- Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.
0 comments:
Post a Comment