Friday, 13 April 2012

Ginjal

Penyakit Kronik dan Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)

Apa pentingnya ginjal?

Ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah:
  • Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
  • Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengawal asid dalam darah.
  • Mengawal mineral di dalam darah.
  • Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.

Malaysia dan Ginjal

Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialysis berjumlah 11544 orang. 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah.

Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga tahap V.

Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke V.

Punca Utama Kegagalan Ginjal di Malaysia

  • Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%.
  • Radang buah pinggang (Glomerulonephritis).
  • Penyakit batu karang.
  • Hypertensi (tekanan darah tinggi).
  • Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.

Adakah Saya Menghidap Penyakit Ginjal?

Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.

Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:
  • Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah).
  • Rasa mual, muntah dan hilang selera makan.
  • Gatal seluruh badan.
  • Sakit tulang.
  • Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas.
  • Pucat.
  • Kencing yang berbuih.
  • Darah keluar bersama air kencing.
  • Jangkitan salur kencing berulang-ulang.
  • Pengeluaran kencing berkurangan.
  • Kerap kencing terutama sebelah malam.
  • Mengalami hypertensi pada usia muda.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Penyakit Ginjal dan Apakah Faktor-faktor Risiko?

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal.
  • Jika kencing anda mengandungi darah dan protien.
  • Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi.
  • Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE).
  • Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba.
  • Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga.
  • Jika anda pengidap sakit jantung.

Apakah Ujian-ujian yang Perlu Dijalankan untuk Mengesan Penyakit Ginjal Kronik?

Ianya berbeza di antara satu individu dengan individu lain tertakluk kepada punca atau sebab.

Ujian yang perlu termasuklah:
Ujian Air Kencing
Mengesan kehadiran protein
Mengesan kandungan bakteria
Mengesan darah
Ujian Darah
Mengesan tahap kerosakan ginjal
Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain
Anda mungkin dikehendaki manjalani ujian Ultrabunyi ginjal

Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengidap Penyakit Ginjal Peringkat Akhir (ESRD)?

Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi. Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:
Rawatan Dialysis
Hemodialysis (menggunakan saluran darah)
Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium)
Pemindahan ginjal
Cadaver donated
Cadaver donated
Pakar Nefrologi yang merawat anda akan berbincang tentang semua pilihan rawatan untuk anda pilih. Walau bagaimana pun ia bergantung kekosongan dan juga kesesuaian kepada masaalah kesihatan anda. Bilakah masanya saya perlu memulakan rawatan dialysis? Rawatan dialysis diperlukan apabila:
  • Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan.
  • Ujian darah "renal profile" menunjukan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi.
  • Peningkatan pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia).
  • Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10 - 15mls/min.

Bagaimana Saya Boleh Mencegah Kegagalan Ginjal?

Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing. Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah. Mereka yang berisiko tinggi ialah:
  • Pengidap kencing manis (Diabetes mellitus).
  • Darah tinggi (Hypertension).
  • Penyakit ginjal batu karang (renal stones).
  • Sejarah penyakit ginjal dalam keluarga.
  • Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi.
  • Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.

Kanser Payudara

Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya

  • Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003.
  • Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
  • Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)


  • Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
  • Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
  • Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
  • Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Tahukah Anda?

Kanser di Malaysia

Mengikut perangkaan, jumlah kanser di Malaysia telah meningkat dan dianggarkan sebanyak 40,000 kes baru yang dilaporkan setiap tahun. Di Malaysia sahaja, terdapat empat jenis kanser yang dikenalpasti menjadi pembunuh iaitu Kanser Paru-paru, Kanser Payudara, Kanser Servik, dan juga Luekimia. Kanser paru-paru yang menjadi pembunuh utama kaum lelaki di Malaysia dan dikenalpasti sebanyak 90% adalah disebabkan oleh kegiatan merokok serta tidak kurang juga yang mendapat penyakit ini kerana menghidu asap rokok.

Kanser yang ke – 2, kanser yang biasa kita dengar dan menjadi penyebab nombor 1 kematian di kalangan kaum wanita di negara ini ialah kanser payudara. Dianggarkan setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Setiap 11 minit, seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Kanser ini kalau tidak di kesan awal pada peringkat awal dan mendapat rawatan, ianya akan merebak ke paru-paru, tulang dan hati. Jika penyakit ini berjaya dikesan pada peringkat awal, semakin tinggilah peluang untuk penyembuhan yang sempurna.

Kenapa Insomnia?

Ada banyak sebab kenapa terjadinya Insomnia. Kesannya juga bermacam bergantung kepada kebiasaan orang yang mengalami gangguan susah tidur. Namun, tidak semua yang mengalami gangguan tidur itu dikategorikan sebagai Insomnia.

Penyebab Insomnia

  • Jet lag (Terutama ketika pergi ke arah barat)
  • Bekerja pada waktu malam
  • Waktu kerja yang sering berubah-ubah
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kesan sampingan daripada ubat-ubatan (kadang-kadang)
  • Kerosakan pada otak (kerana ensefalitis, stroke, Alzheimer)

Hubungan antara Insomnia dengan kematian

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh American Cancer Society kepada 1.1 juta penduduk Amerika dan menemukan bahawa mereka yang tidur sekitar 7 jam setiap malam memiliki risiko kematian yang rendah. Orang-orang yang tidur kurang dari 6 jam atau lebih dari 8 jam pula mempunyai risiko kematian yang sangat tinggi. Tidur selama 8.5 jam atau lebih pada setiap malam dapat meningkatkan angka kematian sebesar 15%. Bagi Insomnia kronik, tidur kurang dari 3.5 jam (wanita) dan 4.5 jam (lelaki) juga penyebab kepada kenaikan angka kematian. Penggunaan pil tidur juga merupakan faktor peningkatan kematian.

Thursday, 12 April 2012

Apa itu Senggugut?

Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.
Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Masalah organ reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Gastrik

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Terdapat 2 jenis gastrik iaitu:

Akut Kronik
Apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati. Terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Punca Gastrik

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Pengambilan kokain.
  • Merokok.
  • Stres.
  • Gangguan autoimun.
  • Penyakit crohn.
  • Radiasi dan kemoterapi.
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my

Sistem Saraf

Sistem saraf merupakan sistem koordinasi (pengaturan tubuh) berupa penghantaran impul saraf ke susunan saraf pusat, pemrosesan impul saraf dan perintah untuk memberi tanggapan rangsangan. Unit terkecil pelaksanaan kerja sistem saraf adalah sel saraf atau neuron

Fungsi Sistem Saraf:
- Memudahkan komunikasi dalam badan.
- Bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan dalam badan.
- Berinteraksi secara dekat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain dan fungsi badan.

Penyakit Saraf:
- Lemah daya ingatan
- Sakit mental
- Alzheimer

Statistik:
- 18juta orang di dunia menghidap Alzheimer dan dijangka akan meningkat kepada 34juta menjelang 2020.
- Kira-kira 50,000 menghidap Alzheimer di Malaysia.

(Sumber: Yayasan Alzheimer Malaysia)

Monday, 9 April 2012

Info Sihat - Penyakit Darah Tinggi

Penyakit Darah Tinggi dan Puncanya

Terdapat pelbagai punca tekanan darah tinggi. Penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya juga merupakan antara punca penyakit darah tinggi.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.

Punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui pada kebiasaannya. Setakat ini, dalam kebanyakan kes, ia hanya mampu dicegah dan dikawal.

Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.

Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.

Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.

Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.

Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.

Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku.

Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Migraine

Faktor Migraine

Faktor Hormon

- Ketika datang haid atau pengambilan pil perancang.

Faktor Persekitaran

- Suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya yang terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension dan banyak berfikir.

Fakto Pemakanan

- Makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala).

Artikel : Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

Batu Karang

Tanda-tanda Batu Karang

  • Rasa tajam dan kejang di bahagian belakang dan tepi perut. Selain itu,rasa tersebut juga dapat dirasakan dibawah perut dan pangkal peha. Dan rasa sakit ini boleh berlaku selama beberapa minit sahaja dan boleh berlanjutan selama beberapa jam bergantung kepada saiz batu tersebut.
  • Rasa sakit atau rasa seperti terbakar ketika membuang air kecil.
  • Air kencing akan berwarna merah kerana mengandungi darah (hematuria).
  • Selalu rasa hendak membuang air kecil.
  • Selalu berasa mual dan muntah.
  • Demam dan menggigil kerana berlaku jangkitan kuman dalam saluran kencing.
BlogPingTool.com Ping your blog Web Directories My Ping in TotalPing.com free search engine submission Allah