Thursday, 3 May 2012
- 70% kematian berpunca daripada penyakit kronik dan KEROSAKAN ORGAN.
- 50% kematian awal berpunca daripada MAKANAN.
- Tahun akan datang, 270 million orang Asia akan mati akibat "penyakit gaya hidup" yang kronik.
- 10,000 kematian setahun berkait dengan STROK, SERANGAN JANTUNG & KEGAGALAN BUAH PINGGANG.
- 6,000 kematian setahun disebabkan PENYAKIT HATI.
- 3 million berkai dengan KOLESTEROL TINGGI.
- 40,000 kes KANSER yang baru setiap tahun.
- 2.1 million disebabkan DIABETES.
- 110 kes STROK yang baru setiap hari.
- 25% rakyat Malaysia adalah OBESITI (berat badan berlebihan).
Wednesday, 2 May 2012
Al Jabbar Group sedang menjalankan soal selidik mengenai masalah kesihatan yang melanda rakyat Malaysia. Jika anda mengalami salah satu dari masalah penyakit di bawah, anda boleh memberikan maklumat kepada kami, dan kami akan memberikan khidmat nasihat serta rundingan kesihatan secara PERCUMA kepada anda.
Monday, 30 April 2012
Sunday, 29 April 2012
Jenis 1 | Jenis 2 |
---|---|
Jarang berlaku, tetapi jika berlaku, keadaannya lebih teruk | Biasa berlaku |
Terjadi di kalangan mereka yang berumur 10 - 16 Tahun | Terjadi di kalangan mereka yang berumur sekitar 35 Tahun keatas |
Terjadi begitu cepat apabila insulin yang dikeluarkan dari pankreas dimusnahkan | Terjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukos dalam badan meningkat |
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menhidap penyakit ini | Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini |
Tidak dikaitkan dengan obesiti dan kegemukan | Kejadian kegemukan sangat tinggi |
Akan mengalami tanda-tanda awal dari gejala amaran yang serius | Penyakit yang senyap, selalunya dikesan selepas berlaku komplikasi |
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan makanan dan suntikan insulin | Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan), ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu) |
Thursday, 26 April 2012
Dr Jism | Family Dr hasilkan 60 getaran sesaat, laku terapi 30 minit, ia bersamaan berlari satu setengah jam.
ANDA berminat untuk melakukan joging atau aktiviti mengeluarkan peluh, tetapi tiada peluang untuk berbuat demikian kerana masalah masa.Ramai yang gemar beriadah, tetapi masalah dihadapi warga kota ialah kesibukan yang menghalang mereka melakukannya.
Justeru, jika anda mahu manfaat seperti anda melakukan joging, apa kata mencuba terapi medan elektrostatik Dr Jism dan Family Dr.
Dr Jism dan Family Dr adalah terapi yang berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia amat baik untuk kesihatan malah sudah terbukti di beberapa negara majutermasuk Eropah dan Jepun.
Rawatan terapi medan elektrostatik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan dengan satu setengah jam jika anda berlari atau berjoging.
Dengan jumlah itu, ia mudah memecahkan lemak dan melancarkan peredaran darah.
Keperluan memiliki Dr Jism atau Family Dr bukan suatu pembaziran sebaliknya memberi peluang kepada anda melakukan terapi jika terlalu sibuk dengan tugas harian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 013-3747243
http://familydrjism.blogspot.com/
Wednesday, 25 April 2012
Bantu rawat pesakit guna teknologi medan elektrostatik tanpa sebarang kesan sampingan.
Anda tiada masa untuk bersenam walaupun keinginan untuk melakukan itu kuat kerana rutin hidup yang terlalu sibuk dengan tugas seharian.
Kini, anda boleh mengeluarkan peluh dan mendapat manfaat daripada aktiviti bersenam melalui terapi medan elektrostatik Dr Jism dan Family Dr.
Terapi elektrosattik Dr Jism menghasilkan getaran sehingga 9,000 voltan atau 60 getaran sesaat yang dialirkan melalui tubuh ke beberapa saluran darah untuk melancar serta memperbaiki kapilari yang tersumbat.
Ini kehebatan Dr Jism dan Family Dr bagi membantu merawat pesakit menggunakan teknologi medan elektrostatik tanpa memberi sebarang kesan sampingan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata pelbagai penyakit yang sering melanda hari ini berikutan sikap masyarakat yang malas atau tidak mengamalkan cara hidup yang sihat termasuk bersenam.
"Ramai mengadu sakit pada beberapa anggota badan kerana penat bekerja, tetapi malangnya mereka tidak melakukan senaman atau mengamalkan pemakanan sihat.
"Anda bangun awal pagi dan pulang malamu untuk mencari rezeki, tetapi apa gunanya jika kesihatan terjejas, sentiasa sakit dan tidak selesa.
"Kini dengan terapi medan elektrostatik Dr Jism dan Family DR, orang ramai yang tiada peluang bersenam dapat manfaat sama dengan aktiviti rekreasi itu," katanya.
Beliau berkata, selain membantu merawat pelbagai penyakit semasa, Dr Jism dijual dengan harga berpatutan, mudah alih dan mampu dimiliki semua.
"melalui terapi moden ini, kami berharap membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.
Beliau berkata, Dr Jism dan Family Dr mendapat permintaan daripada pasaran Asia Barat selepas kumpulan itu menerima makluman positif beberapa pihak di negara berkenaan dan berminat mengedarkan mesin terapi elektrostatik terbabit.
"kami ada menghantar sampel produk Dr Jism, Family Dr dan Tonik Hati. Mereka berpuas hati dan berminat mengedar produk Al-Jabbar Group," katanya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi 013-3747243 atau datang sendiri ke No. 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.
Operasi dibuka dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
http://familydrjism.blogspot.com/
Tuesday, 24 April 2012
Jalani terapi dengan hanya berbaring
Sebut arus elektrik, pasti ramai membayangkan bahaya dan risiko. Apa tidaknya, jika terkena elektrik, mangsa akan menghadapi dua risiko, cedera atau maut.
Bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan arus elektrik digunakan untuk tujuan perubatan.
Melalui penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan.
Di negara luar, terutama Jepun, ia sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya, malah turut dipraktikan di klinik dan hospital.
Di Malaysia, manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati masyarakat melalui pengenalan mesin terapi medan elektrostatik Dr Jism dan ‘generasi kedua’ Family Dr oleh Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar).
Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata kaedah yang diguna pakai itu mudah dan selamat.
Beliau berkata, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.
“Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang menggunakan arus elektrik untuk membantu mengawal penyakit dan mengekalkan kesihatan di tahap terbaik.
“Dr Jism mengetengahkan fungsi voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif.
“Family Dr pula pula mempunyai fungsi voltan tinggi, voltan negatif serta pengionan negatif.
“Mesin itu membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Kesimpulannya, ia membuang kekotoran dalam badan,” katanya.
Penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit.
“Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit.
“Jika memilih tahap tinggi iaitu 9000 voltan, ia menggegarkan saluran darah untuk kadar 60 gegaran dalam satu saat. Umpama menggugurkan daun kering daripada sebatang pokok, ia mudah membersihkan saluran darah,” katanya.
Fungsi voltan negatif pula lebih kepada membantu mengembalikan tenaga dan mampu membuatkan seseorang itu dalam keadaan segar sentiasa.
Katanya, arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya ‘menangkap’ toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil.
“Untuk fungsi ketiga iaitu voltan rendah, penggunaannya membantu mengekalkan tahap kesihatan dan mampu membuatkan seseorang itu segar sentiasa.
“Sesiapa yang tiada penyakit boleh menggunakan mesin itu,” katanya.
Menurutnya, satu fungsi menarik Dr Jism ialah kemampuannya memecahkan lemak.
“Fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan. Testimoni mendapati dalam tempoh seminggu, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan antara tiga hingga empat kilogram,” katanya.
Mohd Faizal berkata, pengionan negatif pula berkesan dalam meneutralkan udara dengan pembebasan lima juta mitamin ke udara.
“Pesakit asma sangat sesuai menggunakannya. Alat pengionan negatif ini boleh disedut kerana ia turut berfungsi membebaskan oksigen dalam darah,” katanya.
Beliau berkata, sesiapa yang ingin menggunakan terapi itu perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dulu bagi mengesahkan masalah kesihatan dialami.
“Mesin terapi ini boleh digunakan untuk tempoh 20 minit hingga sembilan jam 58 minit.
“Sebelum dan selepas menjalani terapi, pengguna perlu meminum sekurang-kurangnya 1.5 liter air kosong atau air beralkali.
“Begitupun, terapi itu dilarang kepada mereka yang mempunyai alat perubatan elektrik dalam tubuh seperti jantung tiruan dan mesin paru-paru. Pastikan anda mendapat nasihat doktor jika mengandung, demam atau ada penyakit berjangkit,” katanya.
Mohd Faizal berkata, sesiapa yang mencuba terapi tidak perlu melalui proses rumit, sebaliknya hanya perlu memilih sama ada mahu duduk atau berbaring.
“Ia menjimatkan masa dan tenaga. Sambil tidur terapi boleh dilakukan,” katanya.
Sementara itu, pengusaha bengkel kereta, Mohd Yusof Musa, 59, berkata selepas 10 bulan mencuba terapi berkenaan, ia membantu merawat masalah kesihatannya.
“Paling ketara, saya mampu tidur lena berbanding sebelum ini. Badan tidak lagi sakit. Saya mudah membuang air dan ia boleh merasakan kotoran tiada lagi dalam badan,” katanya.
Suri rumah, Zaini Mohd Yunus, 47, berkata dia mampu membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemas selepas sembilan bulan mencuba terapi berkenaan.
“Sakit lutut dan tumit semakin berkurangan dan badan berasa ringan. Jika dulu pergerakan terbatas, selepas mencuba terapi itu, saya mudah bergerak,” katanya.
http://familydrjism.blogspot.com/
Monday, 23 April 2012
Dr Jism sedia rawatan terapi medan elektrostatik guna kaedah getaran bagi kesihatan
KEMODENAN membawa kemajuan kepada negara, tetapi kadangkala jika kita tidak bersedia, ia boleh memberi tekanan dan menyebabkan timbul pelbagai jenis penyakit.
Tekanan antara masalah yang sering dihadapi masyarakat zaman moden.
Jika tidak dirawat atau ditangani, ia boleh menimbulkan pelbagai penyakit lain lebih kronik.
Lebih memberi kemudaratan apabila kita mengambil pemakanan tidak seimbang dan kurang bersenam.
Tidak hairan ada yang mendapat pelbagai penyakit kronik walaupun usia belum mencecah 40-an.
Ini diburukkan lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti amalan merokok dan kurang mangambil berat mengenai penjagaan kesihatan.
Justeru, tidak hairanlah kita sering mendengar ada rakan sepejabat yang mendapat penyakit yang dikategorikan berbahaya dan boleh membawa maut.
Menyedari keperluan masyarakat terhadap produk kesihatan yang berkualiti dan murah, Al-Jabbar Group, milik 100 Bumiputera, terpanggil mengeluarkan terapi, Dr Jism.
Produk ini meraih pengiktirafan antarabangsa bagi merawat pelbagai penyakit kronik serta melancar salur darah.
Terapi medan elektrostatik itu mempunyai kelebihan dalam pelbagai fungsi iaitu:
- Voltan Tinggi
- Voltan Negatif
- Tenaga Gelombang Ringan
- Voltan Rendah
- Pengionan Negatif
Rawatan terapi medan elektrostatik menggunakan kaedah getaran bagi melancarkan kapilari darah.
Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata terapi itu adalah rawatan moden bagi membantu orang ramai lebih sihat.
Beliau berkata, terapi itu tidak memberi mudarat kepada pengguna kerana ia memang mementingkan aspek keselamatan.
"Walaupun menggunakan tenaga getaran, ia selamat dan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik, malah kanak-kanak boleh menggunakan terapi itu," katanya.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 013-3747243 atau datang ke No. 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor.
http://familydrjism.blogspot.com/
KAMARUZAMAN... perkenal terapi elektrostatik untuk bantu orang ramai
"Bayangkan sejak menghidap penyakit berkaitansaraf lapan tahun lalu, kehidupan saya semakin tidak kena."
"Penyakit ini menyebabkan tangan saya sentiasa menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian."
"Saya mencuba pelbagai kaedah perubatan termasuk rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit itu, tetapi masih belum berhasil sehingga mencuba terapi Dr Jism," kata seorang pengguna Dr Jism, Juned Mustafa.
Katanya, selepas enam kali melakukan terapi elektrostatik Dr Jism, dia gembira kerana ada perubahan ketara, malah tangannya tidak lagi menggeletar.
"Alhamdulillah, saya dapat tidur nyenyak pada waktu malam, boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat dan tangan tidak lagi menggeletar," katanya.
Bagi Ahmad Bisah, dia mengalami masalah kandungan gula yang tinggi selain sakit kepala dan lutut.
Menurutnya, selepas tujuh kali terapi Dr Jism, bacaan gula menurun dan tiada lagi sakit kepala serta lutut.
"Syukur kerana berkat doa dan rawatan menggunakan terapi Dr Jism, saya sihat dan dapat melakukan tugas seharian dengan mudah," katanya.
Terapi medan elektrostatik Dr Jism adalah produk kesihatan yang popular dan mendapat perakuan di peringkat global kerana testimoninya mendapati ia membantu merawat pelbagai penyakit.
Dr Jism adalah terapi yang unik kerana ia mempunyai pelbagai fungsi untuk merawat, antaranya voltan tinggi, voltan negatif, tenga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, rawatan terapi medan elektrostatik menggunakan kaedah getaran bagi merawat penyakit.
Beliau berkata, kebanyakan penyakit yang sukar dirawat berpunca daripada kotoran di dalam badan yang mengganggu sistem dalam badan berfungsi.
"Terapi malalui kaedah elektrostatik Dr Jism ini dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan membantu mengembalikan tenaga agar sentiasa segar."
"Saya berharap usaha memasarkan Dr Jism ini dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya. http://familydrjism.blogspot.com/
Sunday, 22 April 2012
Racun Makhluk Perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.
Bagaimana Keracunan Boleh Berlaku?
Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:
- Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
- Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.
- Terhidu racun makhluk perosak.
Siapakah yang berisiko?
- Peladang / Petani.
- Pekerja ladang / Estet.
- Pekeja kilang racun makhluk perosak.
http://familydrjism.blogspot.com/
Dr Jism dan Family Dr ialah terapi menggunakan konsep arus elektrostatik untuk membuang lebihan lemak yang mungkin degil untuk keluar selain melancarkan perjalanan darah.
Terapi yang dikeluarkan syarikat Bumiputera ini menggunakan konsep getaran arus bagi mengembalikan kesihatan dan memastikan anda cergas serta dapat melakukan tugas seharian dengan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group Sdn Bhd, Kamaruzaman Che Hussain berkata, orang ramai tidak perlu bimbang menggunakan terapi itu kerana ia bukan produk baru, sebaliknya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa selain banyak digunakan di beberapa hospital di Eropah dan Jepun.
Malah, kajian yang dilakukan kepada pesakit yang menggunakan Dr Jism dan Family Dr mendapati terapi ini membantu mereka merawat pelbagai jenis penyakit kronik selain membuang partikal lemak yang melekat di dalam tubuh dan melancar perjalanan darah.
Terapi Dr Jism dan Family Dr adalah produk kesihatan mampu milik kerana harganya lebih murah berbanding pesaing. Jika seseorang membeli ubat untuk merawat penyakit mereka pun, ia pasti mengambil jumlah yang lebih daripada itu.
Terapi yang istimewa ini memiliki kelebihan terapi arus elektrostatik, termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif. Fungsi yang dimiliki membantu membuang lemak dan kolesterol dalam darah.
Terapi elektrostatik ini menggunakan konsep getaran arus bagi melancar serta memecahkan lemak pada kapilari darah. Pesakit akan merasakan arus itu mengalir dalam tubuh tetapi ia tidak menyakitkan sebaliknya memberi kelegaan dan rawatan.
"Jika digunakan berterusan untuk tempoh yang lama, ia membantu membersihkan saluran darah yang tersumbat dan lemak yang menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit yang melanda masyarakat hari ini.
Dr Jism membantu merawat penyakit jenis berbahaya yang sering melanda masyarakat kita hari ini.
Dalam kes pesakit berkaitan dengan saraf yang menyebabkan tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian, selepas beberapa sesi terapi, ada beberapa perubahan yang tidak pernah diduga sebelum ini.
Pesakit berkenaan mendapati dia dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam, malah boleh berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.
Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai kadar gula tinggi dalam badan selain tekanan darah, selepas beberapa kali menggunakan terapi ini, bacaan gula menurun dan tekanan darah stabil.
"Terapi Dr Jism dan Family Dr membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.
Hubungi 013-3747243 atau laman web www.aljabbargroup.com untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh datang ke ibu pejabat Al Jabbar Group Sdn Bhd di No 12, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor. Operasi bilik pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
Saturday, 21 April 2012
Bagi menangani gejala itu, ada pelbagai kaedah rawatan moden termasuk pemakanan yang seimbang, bersenam dan cara hidup sihat. Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata pengguna boleh menggunakan kaedah terapi medan elektrostatik untuk masalah darah tersumbat.
Beliau berkata, kaedah ini menggunakan getaran elektrostatik bagi melancarkan serta membuang lemak dalam kapilari darah. “Kami membawa masuk produk terapi medan elektrostatik ini untuk mereka yang memerlukan rawatan membuang lemak dalam badan dan saluran darah tersumbat. “Dr Jism diedarkan anak syarikat Al Jabbar Group, Al Jabbar Healthcare (Al Jabbar).
“Terapi ini bukan hanya berfungsi untuk rawatan kesihatan, malah membantu proses pengaliran darah dengan sempurna dan mengatasi masalah salur darah tersumbat,” katanya. Dr Jism mempunyai kepelbagaian fungsi yang tidak ada pada terapi lain, iaitu lima fungsi seperti voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.
Seorang pengguna Dr Jism, Zuber Yunus, 66, berkata selepas beberapa kali menggunakan terapi medan elektrostatik, dia lebih sihat berbanding sebelum ini yang pucat dan tidak bermaya.
“Saya sering berpeluh dan badan cepat letih apabila melakukan kerja berat sejak lima tahun lalu. Ini mengganggu tugas harian saya. “Selepas enam kali melakukan terapi Dr Jism, daya ketahanan tubuh semakin baik. “Saya tidak berpeluh lagi malah dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam,” katanya.
Bagi pengguna lain, Kamil Zakaria, 56, Dr Jism membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan selain masalah sakit lutut. “Sebelum ini, bacaan gula dalam darah ialah 6.5 dan saya mudah letih dan tidak bermaya. “Namun, selepas tujuh kali terapi menggunakan Dr Jism ini, saya bersyukur bacaan gula dalam badan saya menurun kepada 5.1,” katanya.
http://familydrjism.blogspot.com/
ARUS elektrik jika silap penggunaannya akan memberikan keburukan, bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan segala-galanya.
Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan. Manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati pelbagai lapisan masyarakat menerusi pengenalan mesin terapi medan elektrostatik Dr Jism oleh Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar). Perunding Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar, Mohd Faizal Mohd, berkata kaedah diguna pakai teknologi itu mudah dan selamat.
Katanya, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu. "Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang mengguna pakai sepenuhnya arus elektrik untuk membantu mengawal penyakit dan mengekalkan kesihatan pada tahap terbaik.
"Dr Jism mengetengahkan fungsi untuk voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif. "Apabila digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Sebagai kesimpulan ia umpama membuang kotoran dari dalam badan," katanya.
Mohd Faizal berkata, penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, gout, batu karang, lemah sendi, darah tinggi, kolesterol tinggi, migrain dan strok. "Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit. Beliau berkata, arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya `menangkap' toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil. Sesiapa yang tiada penyakit juga boleh menggunakannya," katanya.
Satu fungsi menarik pada Dr Jism adalah kemampuannya memecahkan lemak, menerusi fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan. Bagi Halim Hamid, 64 tahun yang sudah lapan kali menggunakan terapi, beliau merasakan terdapat perubahan dalam dirinya. “Sebelum mengguna alat terapi Dr Jism, saya terlebih dulu membaca banyak artikel mengenai dan tertarik untuk mencuba. “Selepas tiga hari penggunaan, saya dapati tidur saya bertambah lena kerana tidak lagi mengalami masalah dengkur. “Begitu juga dengan keadaan saraf kaki saya semakin baik dan kekejangan urat yang saya semakin berkurangan. “Jika sebelum ini saya sering kepenatan tetapi keadaan berubah dan saya merasakan badan saya semakin ringan dan bertenaga,” katanya.
http://familydrjism.blogspot.com/
Friday, 20 April 2012
Rawatan terapi medan elektrostatik | Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika kita berlari atau berjoging.
Ini juga berpunca daripada kekurangan aktiviti riadah atau mengeluarkan peluh. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Justeru, jika anda mencari-cari kaedah moden merawat pelbagai jenis penyakit, anda boleh mencuba terapi medan elektrostatik, Dr Jism.
Dr Jism berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia baik untuk kesihatan, malah terbukti di beberapa negara maju, termasuk Eropah dan Jepun.
Rawatan terapi medan elektrostatik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika kita berlari atau berjoging.
Tidak salah mencuba untuk mendapat kepuasan kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati. Malah, sebagai manusia, kita perlu berusaha mencari penawar atau rawatan bagi memulihkan penyakit.
Penggunaan arus dalam perubatan memang diketahui sejak zaman purba Greek lagi apabila belut laut digunakan untuk rawatan sakit kaki dan kepala.
Aliran elektrostatik dihasilkan haiwan itu dikatakan mampu membetulkan saluran darah. sekali gus memberi keselesaan kepada pesakit.
Di luar negara, terutama Jepun, kaedah rawat menggunakan elektrostatik sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital.
Kini, manfaat daripada teknologi itu dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat apabila Al-Jabbar Healthcare Sdn. Bhd (Al-Jabbar Healthcare) membawa masuk terapi dari Jepun itu ke pasran tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, Dr Jism membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Beliau berkata, harga ditawarkan lebih murah berbanding yang dijual di tempat lain.
"Terapi ini mempunyai kelebihan termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif."
"Apabila terapi ini digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan."
"Kesimpulannya, ia umpama membuang kotoran dalam badan," katanya.
Menurutnya, keistimewaan Dr Jism ialah terapi itu boleh digunakan lima orang serentak dan ia dilengkapi alas tilam, alat kawalan jauh, pelapik duduk, alat penguji sumber elektrik, alat pengeluaran ion negatif dan alat akupuntur.
http://familydrjism.blogspot.com/
Thursday, 19 April 2012
Mudah buang air | badan tak sakit lagi.
"Alhamdulillah, selepas 10 bulan mencuba terapi elektrik Dr Jism, masalah yang menghantui saya hilang."
"Saya mudah membuang air kecil, badan tidak sakit dan tidur lena di waktu malam," kata pengusaha bengkel kereta, Mohd Yusof Musa, 59, salah seorang pengguna Dr Jism.
"Selepas menggunakan Family Dr selama sembilan bulan, sakit lutut dan tumit semakin berkurang, malah badan berasa ringan."
"Jika dulu pergerakan saya terbatas, kini saya mudah bergerak dan melakukan kerja rumah seperti menyapu dan mengemas rumah," kata suri rumah, Zaini Mohd Yunus, 47, yang menggunakan Family Dr.
Mereka adalah antara testimoni yang pernah menggunakan mesin terapi elektrik Dr Jism dan Family Dr untuk merawat masalah yang dihadapi.
Sejak dipasarkan empat tahun lalu, produk Al-Jabbar Group, Dr Jism dan Family Dr menerima maklum balas positif daripada pengguna, malah sambutan di luar negara terutama Indonesia amat memberangsangkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, Dr Jism dan Family Dr selain Tonik Hati antara produk yang laris di pasaran.
Beliau berkata, Family Dr dan Dr Jism membantu merawat pelbagai penyakit kronik berkaitan dengan gula dalam darah, buah pinggang dan sendi selain membuang lemak dalam darah.
"Dr Jism adalah terapi moden yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan generasi hari ini yang mahukan rawatan terapi murah, mudah alih dan berkualiti," katanya.
Katanya, suasana persekitaran dan gaya hidup masyarakat hari ini terutama di bandar yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan mereka lupa untuk bersenam dan menjaga kesihatan.
"Ramai mengadu sakit di beberapa anggota badan kerana penat bekerja, tetapi malangnya mereka tidak melakukan senaman atau mengamalkan pemakanan sihat."
"Justeru, tiada guna bersengkang mata mencari wang, tetapi akhirnya kesihatan badan terjejas," katanya.
Oleh itu, Al-Jabbar membantu menyediakan kaedah rawatan ringkas, mudah dan berkesan bagi mengurangkan masalah kesihatan.
"Family Dr pula membantu merawat pelbagai penyakit kronik dan testimoni terhadap ramai pesakit membuktikan kualiti dan hasilnya. Ia kecil, ringan dan mampu dimiliki semua."
"Melalui mesin terapi ini, kami berharap dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.
http://familydrjism.blogspot.com
Wednesday, 18 April 2012
Parkinson: Apakah Gejala dan Puncanya
Antara hakikat yang sukar dan perit diterima ialah apabila disahkan menghidap penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit orang tua pada usia muda seperti Parkinson. Walaupun biasanya Parkinson dihidapi golongan tua berumur 60 tahun ke atas tetapi ia juga dilaporkan berlaku pada orang muda berusia 20-an. Penyakit Parkinson sangat mudah dikenali kerana ia menyebabkan anggota badan pesakit seperti tangan atau kaki mengalami gejala menggeletar. Hampir 70% pesakit mengalami sedikit getaran pada tangan atau kaki yang boleh berlaku pada sebelah badan saja dan biasanya lebih ketara ketika otot berehat.Gejala getaran ini boleh beralih ke anggota lain apabila penyakit menjadi semakin teruk. Secara umumnya lebih 95% kes Parkinson berlaku pada warga emas berumur 60 tahun ke atas manakala 5% lagi menyerang pesakit muda. Jika ia berlaku pada orang muda, pesakit lebih menderita kerana Parkinson akan menjadi lebih buruk dan teruk dengan peningkatan usia.Gejala Parkinson
Punca Parkinson
Tuesday, 17 April 2012
APAKAH ITU KANSER PAYUDARA
TANDA-TANDA MENDAPAT KANSER PAYUDARA
- Terdapat benjolan atau ketulan pada payudara.
- Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
- Puting payudara mengecut kedalam.
- Kulit payudara berubah seperti kemerahan dan berkedut.
- Sakit atau bisa payudara.
- Bengkak kelenjar di bahagian ketiak.
- Perebakan atau kulit terkoyak pada dinding dada.
FAKTOR PENYEBAB KANSER PAYUDARA
- Usia yang meningkat.
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
- Wanita yang telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun).
- Jarang berlaku pada umur 20 tahun dan risikonya lebih tinggi apabila berumur 50 tahun ke atas.
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun atau tidak menyusukan anak.
- Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan dan mempunyai berat badan yang berlebihan.
MENCEGAH KANSER PAYUDARA
PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP) SECARA BERDIRI
KEDUDUKAN 1:
Tanggalkan pakaian anda pada paras pinggang dan lihat diri anda di hadapan cermin. Berdiri tegak di hadapan cermin dengan tangan anda di sisi. Pusing ke kiri dan ke kanan untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara anda.KEDUDUKAN 2:
Angkat kedua-dua belah tangan ke atas kepala anda. Periksa payudara anda dari berbagai sudut.KEDUDUKAN 3:
Tegangkan otot-otot bahagian dada anda dengan mencekak pinggang dan menolak ke bawah.TANDA-TANDA YANG PERLU DI PERHATIKAN
- Benjolan di payudara atau ketiak.
- Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luar biasa.
- Kerutan atau lekuk yang luar biasa pada payudara.
- Puting payudara tertarik ke dalam.
- Pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting payudara.
Monday, 16 April 2012
Mengesan Penyakit Tibi / Cara Jangkitan / Tanda dan Gejala / Pencegahan / Fakta-fakta Berkaitannya
Adalah penyakit yang disebabkan eleh sejenis kuman, dinamakan kuman tibi. Kuman tibi biasanya menyerang paru-paru. Kuman ini juga menyerang lain-lain bahagian badan seperti tulang, sendi tulang, buah pinggang dan lain-lain. Penyakit tibi yang tidak dirawat akan membawa maut.
Mengesan Penyakit Tibi
- Segerakan berjumpa doktor, sekiranya batuk selama 2 minggu atau lebih.
- Pemeriksaan kahak dibuat untuk mengenalpasti kuman tibi.
- Ujian kahak dapat dibuat di hospital/ klinik kesihatan.
- Pemeriksaan x-ray dada juga dapat membantu mengesan kuman tibi.
Cara Jangkitan
" Pesakit tibi paru-paru yang aktif biasanya mengalami batuk. Setiap kali batuk, mereka mengeluarkan titisan –titisan halus yang mengandungi kuman tibi Penyakit tibi adalah "jenis" penyakit sebaran udara". Dengan itu, penyakit tibi berjangkit dari seorang kepada yang lain melalui udara- apabila pesakit tibi batuk atau bersin. Mereka yang menyedut udara yang mengandungi titisan-titisan halus (yang ada kuman tibi) berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tibi.Tanda dan Gejala Penyakit Tibi
- Batuk selama 2 minggu atau lebih, kadang kala berdarah.
- Batuk yang berkahak, berwarna kekuningan/ kehijauan.
- Hilang selera makan.
- Mengalami penurunan berat badan.
- Demam, selalunya berpeluh pada waktu petang dan malam.
Pencegahan Penyakit Tibi
- Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan dos ke-2, sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun.
- Biarkanlah rumah dimasuki cahaya matahari sebanyak mungkin. Cahaya matahari dapat membantu membunuh kuman tibi yang terapung diudara.
- Bukalah tingkap pada waktu siang, bagi peredaran udara yang sempurna membantu mencegah tibi daripada merebak.
Fakta-fakta Berkaitan
- WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) menetapkan 24hb. Mac setiap tahun sebagai " Hari Tibi Sedunia". Tarikh ini adalah bersamaan dengan penemuan kuman tibi oleh Dr. Robert Kosh di Berlin, pada 24hb. Mac 1882.
- Ia sisambut untuk memupuk kerjasama yang lebih rapat daripada masyarakat umum, khususnya bagi bersama-sama berganding bahu membenteras penyakit tibi.
tel.:013-3747243
fax:
mahazomar@gmail.com
http://familydrjism.blogspot.com
Visit MyLiveSignature.com
Friday, 13 April 2012
Penyakit Kronik dan Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
Apa pentingnya ginjal?
Ginjal ialah sepasang organ berbentuk kacang yang menjalankan fungsi pengekalan hayat yang penting. Fungsi-fungsi ginjal ialah:- Membuang bahan kumoh seperti urea dan toxin dari badan.
- Membuang cecair yang berlebihan dari badan.
- Mengawal tekanan darah.
- Mengawal asid dalam darah.
- Mengawal mineral di dalam darah.
- Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat.
Malaysia dan Ginjal
Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Sehingga 31 Disember 2004 pesakit yang mendapat rawatan dialysis berjumlah 11544 orang. 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah.Kegagalan ginjal terbahagi kepada beberapa peringkat mengikut tahap kerosakan:- Tahap 1 hingga tahap V.
Kegagalan ginjal peringkat akhir berlaku apabila fungsi ginjal berada di tahap ke V.
Punca Utama Kegagalan Ginjal di Malaysia
- Kencing manis (Diabetes mellitus) 54%.
- Radang buah pinggang (Glomerulonephritis).
- Penyakit batu karang.
- Hypertensi (tekanan darah tinggi).
- Lain-lain punca seperti ADPKD, toxins.
Adakah Saya Menghidap Penyakit Ginjal?
Kerosakan ginjal berlaku secara senyap tanpa apa-apa tanda dan gejala sehingga ke peringkat yang teruk. Anda dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya anda tergulung dalam kumpulan berisiko tinggi.Anda merasa syak mengidap kegagalan ginjal bila mempunyai tanda-tanda berikut:
- Sentiasa dalam keadaan lemah dan keletihan (disebabkan kekurangan sel darah merah).
- Rasa mual, muntah dan hilang selera makan.
- Gatal seluruh badan.
- Sakit tulang.
- Bengkak pergelangan kaki dan sesak nafas.
- Pucat.
- Kencing yang berbuih.
- Darah keluar bersama air kencing.
- Jangkitan salur kencing berulang-ulang.
- Pengeluaran kencing berkurangan.
- Kerap kencing terutama sebelah malam.
- Mengalami hypertensi pada usia muda.
Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Penyakit Ginjal dan Apakah Faktor-faktor Risiko?
- Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi.
- Jika anda pengidap kencing manis yang tidak terkawal.
- Jika kencing anda mengandungi darah dan protien.
- Jika anda mempunyai satu sahaja ginjal yang berfungsi.
- Jika anda pengidap penyakit sistem keimunan seperti - Systemic Lupus Erythromytosis (SLE).
- Jika anda mempunyai sejarah kerap mengambil ubat penahan sakit atau herba.
- Sejarah penyakit ginjal didalam keluarga.
- Jika anda pengidap sakit jantung.
Apakah Ujian-ujian yang Perlu Dijalankan untuk Mengesan Penyakit Ginjal Kronik?
Ianya berbeza di antara satu individu dengan individu lain tertakluk kepada punca atau sebab.Ujian yang perlu termasuklah:
- Ujian Air Kencing
- Mengesan kehadiran protein
- Mengesan kandungan bakteria
- Mengesan darah
- Ujian Darah
- Mengesan tahap kerosakan ginjal
- Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti diabetes, SLE
- Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti kekurangan darah, penyakit tulang dan lain-lain
- Anda mungkin dikehendaki manjalani ujian Ultrabunyi ginjal
Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengidap Penyakit Ginjal Peringkat Akhir (ESRD)?
Anda memerlukan rawatan gantian fungsi ginjal oleh itu anda perlu berjumpa dengan pakar nefrologi. Ini dapat dicapai melalui salah satu dari kaedah rawatan berikut:- Rawatan Dialysis
- Hemodialysis (menggunakan saluran darah)
- Peritoneal dialysis (menggunakan peritonium)
- Pemindahan ginjal
- Cadaver donated
- Cadaver donated
- Tanda-tanda keracunan darah seperti loya, muntah, hilang selera makan, sawan.
- Ujian darah "renal profile" menunjukan paras creatinine, urea dan potassium yang tinggi.
- Peningkatan pengumpulan air dalam badan, malnutrition atau kadar hemoglobin rendah (anaemia).
- Kadar penurasan glomerular (GFR) kurang dari 10 - 15mls/min.
Bagaimana Saya Boleh Mencegah Kegagalan Ginjal?
Perkembangan kegagalan ginjal peringkat akhir dapat dilewatkan dengan cara pengesanan awal, pengawalan tekanan darah tinggi yang ketat, mengawal paras gula dan mengawal kandungan protein dalam air kencing. Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ginjal digalakkan membuat saringan ujian air kencing dan ujian darah. Mereka yang berisiko tinggi ialah:- Pengidap kencing manis (Diabetes mellitus).
- Darah tinggi (Hypertension).
- Penyakit ginjal batu karang (renal stones).
- Sejarah penyakit ginjal dalam keluarga.
- Pesakit yang mempunyai satu ginjal sahaja yang berfungsi.
- Mengamalkan pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan.
Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya
- Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003.
- Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.
- Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)
- Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang. Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.
- Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.
- Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.
- Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
Kanser di Malaysia
Kanser yang ke – 2, kanser yang biasa kita dengar dan menjadi penyebab nombor 1 kematian di kalangan kaum wanita di negara ini ialah kanser payudara. Dianggarkan setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Setiap 11 minit, seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit barah payudara di Amerika Syarikat. Kanser ini kalau tidak di kesan awal pada peringkat awal dan mendapat rawatan, ianya akan merebak ke paru-paru, tulang dan hati. Jika penyakit ini berjaya dikesan pada peringkat awal, semakin tinggilah peluang untuk penyembuhan yang sempurna.